Khamis, 23 Julai 2009

Rabu, 22 Julai 2009

Bakul


Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa teknik digunakan bagi menghasilkan bakul di mana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang satu sentimeter terlebih dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah dijemur beberapa lama sehingga kering. Bahagian dalam buluh itu hendaklah dibuang kira-kira setebal 0.5 cm. Saiz bakul yang dihasilkan adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas/dasar bakul. Bilah-bilah buluh tersebut dianyam secara bersilang dan kemudian antara bilah-bilah buluh tersebut diselitkan. Ia dilakukan secara berterusan sehingga membentuk sebuah bakul. Bakul akan diwarnakan menggunakan varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik.
Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menyukat, menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas daripada buluh, bertiang buluh sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan atau mengisi beras atau padi.
Bakul lengkung pula berbentuk cekung dan beranyam rapat digunakan untuk mengisi beras, padi, kekacang dan sebagainya.
Bakul tapis adalah bakul yang digunakan untuk menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh.Biasanya bemban digunakan untuk bakul bagi tujuan lain.

Promosi Hasil Kraftangan

Saya merupakan pengusaha Kraftangan dari Kg. Gandukut, Kota Belud. Saya menghasilkan kraftangan seperti sirung dan bakul rotan.